Monday, March 25, 2013

Sesi Gotong royong di Taman Seri Muda Shah Alam "peace yaww!"

Shah Alam: Seramai lebih daripada 50 orang pelajar UNISEL SHAH ALAM serta 3 pensyarah telah menyertai aktiviti gotong royong perdana yang bertempat di Taman Sri Muda Shah Alam Semalam.

Majlis bermula dengan taklimat oleh Adun kawasan di situ dan disertakan dengan wakil MPP taman itu untuk memeriahkan lagi aktiviti tersebut bagi membersihkan kawasan yang di labelkan kawasan hitam (black spot) kotor di antara kawasan di seluruh Shah Alam ini. 

Kawasan itu juga telah di labelkan sebagai kawasan Antarabangsa di mana peratus bilangan penduduk warga asing merupakan peratus tertinggi di antara kawasan kawasan lain di sekitar Shah Alam ini.

Dengan di pecahkan kepada lima kumpulan yang di mulakan di kawasan berhampiran Mydin, mereka bergerak secara kumpulan dengan membersihkan di tepi jalan sehingga bulatan dan di akhiri di bawah jambatan menghala ke Kuala Lumpur.

Bermula pada pukul 9.30 pagi dan di akhiri pada pukul 1230 tengah hari kelima lima zon hitam itu telah berjaya di bersihkan dengan jayanya oleh mereka yang terlibat.

Ini merupakan antara aktiviti yang sihat bagi menjalinkan pelajar antara orang awam bagi pendedahan tentang cara untuk mereka mengenal tempat dan mengeratkan hubungan antara orang luar.


Wakil MPP Taman Sri Muda memberi sepatah dua kata sebelum majlis bermula di samping pensyarah UNISEL, Sir Razlan dan YB Adun Taman Sri Muda.


Antara sukarelawan yang menyertai aktiviti Gotong Royong Perdana 


Kaum Hawa juga tidak melepaskan peluang amal ini 


Penat itu tidak menjadi masalah apabila hati senyum melakukan untuk kebaikan bersama


Timbalan Dekan bersama pelajar UNISEL Shah Alam turut datang memberi sokongan



Dari Kiri. Wakil MPP Taman Sri Muda, Adun Kawasan Taman Sri Muda dan Pensyarah Unisel Encik Razlan Rashid

No comments:

Post a Comment